oleh Khairul Nizam Khairani

ISBN: 978-967-369-380-1

Muka Surat: 120

Saiz: 4.5x7.25

Tarikh Terbit: Nov 2017

Harga: RM 10.00 / RM 0.00

Siri: Cerita Hantu

Beli Versi Ebook
 
Kongsi

“Kaduk, main jelangkung tu apa?” tanya Je’am.

“Kira macam main spirit-spirit tapi tak pakai duit syiling.”

“Habis tu pakai apa? Pakai kad kredit?”

Sekumpulan pelajar Sekolah Menengah Dato’ Bentara, Kijem, Begok, Ijan, Kaduk, dan Je’am terpaksa curi-curi bermalam di asrama semasa cuti sekolah. Pada malam itu, Ijan secara tidak sengaja termasukkan kakinya ke dalam besen yang menjadi bekas mereka merendam mi segera dan menyebabkan mi segera itu menjadi berpuaka. Kerana tercabar dan mahu membuktikan mereka bukan pengecut, Begok, Kaduk, dan Ji’em bermain jelangkung di tangga asrama, sementara Kijem dan Ijan melompat pagar asrama untuk ke kedai mencari makanan.

Kaduk, yang menjadi penyeru kepada jelangkung merupakan orang pertama menjadi mangsa. Je’am ternampak dia dilapah hidup-hidup oleh satu lembaga. Dan di dinding asrama, ada lembaga lain yang mengerikan sedang merayap-rayap, mengetuk-ngetuk dinding. Mereka tidak lagi selamat tinggal di asrama itu. Persoalannya, mampukah mereka menyelamatkan diri? Atau kisah mereka akan menjadi urban legend yang akan diceritakan dalam tahun-tahun mendatang?