Puaka Taman Tema

Khairul Ahmad,Del Osmera,Zehann ur Rakhie

Puaka Taman Tema

Khairul Ahmad,Del Osmera,Zehann ur Rakhie

Sinopsis

“Aku pernah tengok satu cerita seram macam ni. Aku rasa kita sebenarnya dah mati! Mungkin kita mati berlanggar masa Guan potong lori tu! Dan kini roh kita merayau-rayau di tempat yang kita nak pergi... Taman Tema Teratai!” ucap Bala dengan nada perlahan, hampir sedih dan sayu. 

Pang! Haikal menampar Bala dengan kuat.

“Wei! Kenapa tampar aku!” pekik Bala memegang pipinya yang berdamar.

“Sakit tak?” tanya Haikal.

“Mestilah sakit!” tempelak Bala marah.

“Kalau sakit maknanya kita tak mati lagi. Dan aku rasa masih belum selamat lagi!” kata Haikal serius.

“Ayoyo!" Bala teringatkan pengunjung yang dijumpainya tadi. Hampir terkencing dia melihat 'orang' itu tersenyum dengan bibir merekah hingga ke telinga!

 

Tiga kisah yang berlaku dalam buku ini mungkin pernah benar-benar berlaku kepada kawan kepada kawan kita, atau sepupu kepada kawan kepada kawan kita. Yakinlah, alam ghaib itu wujud. Ia sentiasa menjadi misteri kepada kita, dan rahsia kepada orang-orang yang dianugerahkan Tuhan untuk melihatnya.

puaka-taman-tema
VERSI CETAK
RM 10

BELI ONLINE

Penulis:Khairul Ahmad,Del Osmera,Zehann ur Rakhie

ISBN-13:978-967-369-393-1

VERSI EBOOK