oleh Zehann ur Rakhie

ISBN: 978-967-369-384-9

Muka Surat: 136

Saiz: 4.5x7.25

Tarikh Terbit: Jan 2018

Harga: RM 10.00 / RM 12.00

Siri: Cerita Hantu

Beli Versi Ebook
 
Kongsi

Misteri kehilangan Nasha di sebuah terowong lama yang dikatakan ‘keras’ telah menggemparkan penghuni Taman Sri Selasih. Kisah-kisah menyeramkan mengenai terowong lama itu mula diperkatakan kembali. Malahan sejak Nasha hilang, Lina yang merupakan rakan baiknya mula berkelakuan pelik lantas mengundang persoalan terutamanya kepada Azli dan ahli korumnya.

Kehilangan Nasha di terowong lama tersebut juga secara tidak langsung telah membangkitkan kes penemuan mayat seorang pelajar perempuan di situ setahun lalu. Tambah menggerunkan apabila seorang rakan Azli bernama Rafi telah melihat sendiri susuk seseorang yang kelihatan seperti mayat muncul di muka terowong dan selepas itu seorang demi seorang rakan baik Lina mati dalam kemalangan aneh.