oleh Ibnu al-Adim

terjemahan oleh Fateh Abdul Shukor

ISBN: 978-629-493-027-8

Muka Surat: 152

Saiz: 5.3x7.6

Tarikh Terbit: Jun 2024

Harga: RM 25.00 / RM 28.00

Siri: Turath

Beli Versi Ebook
Kongsi

Ibnu al-Adim, seorang tokoh ilmuwan agung yang pernah dilahirkan di Syam(Syria). Ibnu al-Adim menguasai pelbagai cabang ilmu seperti sastera, bahasa, sejarah, hadis dan fiqh. 

 

Beliau menulis buku ini sebagai penghargaan kepada Sultan al-Malik az-Zahir Abu al-Muzaffar Ghazi, iaitu raja yang memerintah Halab pada tahun 582 Hijrah. Halab menjadi begitu gemilang sehingga ia dianggap kiblat bagi para cendekiawan dan Kaabah bagi sasterawan. 

 

Ibnu al-Adim menumpahkan sepenuh jiwanya pada pendidikan dan hubungan seorang ayah dan anak melalui buku ini. Pembaca juga dihidangkan dengan kisah-kisah rakyat serta syair mengenai ayah dan anak. Sebagai sasterawan dan ilmuwan, ketelusan kepengarangan Ibnu al-Adim menjadikan buku ini padat dengan ilmu serta segar dibaca. 

 

Melalui buku ini, semoga terlahirnya insan-insan berguna seperti Sultan al-Malik yang menghidupkan budaya ilmu, membela nasib orang susah dan memuliakan ulama.