oleh Khairul Nizam Khairani

ISBN: 978-967-369-958-2

Muka Surat: 136

Saiz: 4.5"x7.25"

Tarikh Terbit: Apr 2025

Harga: RM 12.00 / RM 14.00

Kongsi

“Polis menerima aduan yang Bridget telah dibunuh ahli keluarganya kerana mereka percaya yang pulang ke rumah itu bukanlah Bridget tetapi pari-pari yang menyamar menjadi Bridget,” cerita Zaliah.

Emmad telah diupah Datuk Yusri untuk menyiasat kes seorang banduan bernama Adham yang dipenjarakan atas tuduhan membunuh kedua-dua ibu dan ayahnya. Menurut Adham, dia memiliki seorang adik perempuan namun adiknya itu telah mati sebaik dilahirkan namun ayah Adham berjaya menghidupkannya semula. Adham juga mendakwa adiknya yang hidup semula itu bukan adiknya yang sebenar dan ayah serta ibunya telah dibunuh makhluk aneh yang mendampingi adik perempuannya.

Zaliah telah diminta oleh Datuk Umar untuk menemani anaknya Amira kerana Datuk Umar dan isterinya Datin Salbiah ada urusan dan tidak akan pulang selama beberapa hari. Zaliah mendapati Amira bersikap sangat pelik dan Zaliah juga tahu sejarah Amira yang tiba-tiba hidup kembali setelah diisytiharkan mati oleh pihak doktor. Tanpa dijangka, kakak Amira iaitu Aliza telah datang ke rumah. Zaliah keberatan mahu menerima kehadiran Aliza kerana Aliza bakal dibicarakan atas tuduhan cubaan membunuh Amira kerana percaya yang kembali hidup semula bukanlah Amira sebaliknya makhluk dari alam lain.

Apakah kaitan antara Amira dan adik Adham dan adakah benar mereka telah ditukar dengan makhluk dari alam lain?