oleh Khairul Nizam Khairani

ISBN: 978-967-369-960-5

Muka Surat: 128

Saiz: 4.5"x7.25"

Tarikh Terbit: Apr 2025

Harga: RM 12.00 / RM 14.00

Kongsi

“Kau jangan merayau sesuka hati. Nanti hilang kena sembunyi orang bunian pula!” nasihat Hadif.

“Ada ke orang bunian di sini?” tanya Afiqah.

“Kawasan hutan ni. Manusia tak duduk sini, anjing liar pun tak berkeliaran di kawasan ni. Kau ingat makhluk apa lagi yang suka duduk di kawasan macam ni?” balas Hadif serius.

Hyniyah, yang bekerja di butik pakaian pengantin Pesona Jiwa, telah diminta oleh majikannya, Zanariah, untuk membantu menghasilkan sehelai gaun pengantin bagi menyertai pertandingan anjuran syarikat fesyen Merak Megah. Tempoh yang singkat menyukarkan Hyniyah mendapatkan ilham untuk mencipta rekaan yang menawan. Dalam keresahan itu, muncul seorang perempuan aneh dalam mimpinya yang mengatakan sekiranya Hyniyah mahu menghasilkan gaun pengantin yang indah, dia perlu menurut arahan pelik yang bakal diberikan.

Hadif, adik Hyniyah yang bersahabat dengan Zairi, anak saudara kepada Zanariah bermain paintball di satu kawasan hutan kecil. Hadif secara tidak sengaja menemui satu kampung tinggal yang menyeramkan. Rakannya Zairi pula hilang secara tiba-tiba dan hanya kembali ke rumah keesokan harinya dalam keadaan lesu dan tidak mengingati apa yang berlaku.

Keadaan mula menjadi aneh selepas itu apabila perempuan aneh yang datang dalam mimpi Hyniyah kini muncul di alam nyata dan menuntut korban manusia sekiranya Hyniyah mahukan gaun pengantin yang dihasilkan memenangi pertandingan.

Siapakah perempuan aneh itu dan apa kaitannya dengan kehilangan Zairi?