oleh Shahabuddin Hashim

ISBN: 978-967-0685-66-3

Muka Surat: 192

Saiz: 5.5x8.5

Tarikh Terbit: Nov 2015

Harga: RM 40.00 / RM 0.00

Siri:

Kongsi

Sejauh manakah kita mengetahui tentang falsafah dan psikologi pendidikan dari sudut perbandingan? Apakah kesan pegangan falsafah dan aplikasi ilmu psikologi pendidikan dalam kehidupan masyarakat terutamanya masyarakat Barat dan Timur? 

Buku ini akan membimbing pembaca untuk memahami konsep-konsep asas dalam falsafah dan psikologi pendidikan melalui proses perbandingan antara dua kelompok masyarakat yang mungkin terdapat persamaan dan perbezaannya. 

Antara perkara-perkara yang difokuskan adalah:

 

  • Konsep falsafah

  • Falsafah dan pembinaan ilmu pengetahuan

  • Falsafah dan pendidikan

  • Kaunseling

  • Moral dan akhlak

  • Motivasi

  • Perkembangan Manusia

  • Tekanan dan kecerdasan

 

Buku ini amat bermanfaat kepada sesiapa yang ingin mengetahui tentang falsafah dan psikologi pendidikan dari sudut perbandingan. 

Shahabuddin Hashim dan Rabiatul-Adawiah Ahmad Rashid adalah pensyarah di Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia.