ISBN: 978-967-369-961-2
Muka Surat: 152
Saiz: 4.5"x7.25"
Tarikh Terbit: May 2025
Harga: RM 12.00 / RM 14.00
Siri: Kronikel Dewata (2023)
Empat
kepala naga dipercayai milik Sumeru melayang ke empat destinasi
berbeza di bumi. Dipercayai Api Ilahi sudah berhasil menewaskan
Sumeru, tetapi tiada sesiapa pun dapat mengesahkannya.
Kemunculan
susuk mirip Api Ilahi di beberapa kawasan yang sarat penduduk yang
mengamalkan ritual penyembahan dewata menghadirkan keresahan.
Pembunuhan besar-besaran berleluasa.
Beberapa
kota langit binasa dek kemunculan tangan raksasa yang menelan setiap
warganya dengan pusaran aneh di tengah langit. Dan ia tidak dapat
dihentikan sama sekali. Dipercayai juga ia angkara Api Ilahi, tanpa
diketahui bagaimana dia melakukannya.
Mantan
pemilik empat wajah Sumeru, Nathan, Ambriosa, Ahmad Zuhrah dan juga
Rashidi percaya sesuatu telah berlaku di Laut Kalam. Visi pertarungan
antara Sumeru dengan Api llahi di Laut Kalam sebelumnya sesekali
menerpa, memberi petunjuk yang kabur. Mereka mencari akses ke Laut
Kalam demi membongkari rahsianya.
Manakala,
Ezani pula enggan mahu melibatkan diri dengan petaka baharu ini.
Terputusnya hubungan dengan Api Ilahi sebelum ini telah mendorongnya
untuk mengasingkan diri. Namun takdir punya rencana berbeza untuknya.
Pawang
Setia, penjaga Laut Kalam pula punya kebenaran berbeza daripada apa
yang mereka lain tahu. Dan tugasnya amat berat – menuntut muslihat
demi muslihat agar agenda entiti yang jauh lebih rakus dan ganas
tidak terlaksana.
Masa mencemburui mereka. Percaturan ligat dilaksana. Api sedang marak menyala. Siapa yang mampu memadamkannya?