oleh Sue Oshin, Asmaa Sheera

ISBN: 978-629-464-147-1

Muka Surat: 112

Saiz: 4.5"x7.25"

Tarikh Terbit: Apr 2026

Harga: RM 13.00 / RM 15.00

Kongsi

“Makmal tu bukan berpuaka ke,” bisik Saiful yang beratur di belakang Hakim.

“Mengarutlah! Sepanjang lima tahun kita di sini, pernahkah kau dengar pelajar histeria atau kena sampuk?” soal Hakim, dengan kepalanya tetap tegak memandang ke hadapan.

Saiful yang mendengar jawapan Hakim tadi langsung tergelak. Sebenarnya, dia sengaja mahu menakutkan-nakutkan Hakim dengan khabar angin tentang makmal kimia tersebut. Kononnya, makmal itu terbakar disebabkan oleh seorang guru kimia yang terlalu obses dengan uji kaji eksperimen berkaitan antipenuaan menggunakan bahan-bahan yang tidak sepatutnya. Rohnya terperangkap dalam makmal kimia tersebut dan kerana itulah Makmal Kimia Sir Isaac Newton terus dikunci dan tidak digunakan lagi sebaik sahaja Makmal Kimia Nikola Tesla mula beroperasi. Sejauh mana kebenaran cerita itu, tidaklah dapat dipastikan.

Namun, Hakim ada sesuatu yang disembunyikan – sebuah buku nota lama dengan kesan terbakar, sarat dengan catatan eksperimen pelik yang dijumpainya di dalam makmal terbakar itu, dirasakannya menyimpan sesuatu rahsia yang bakal mengubah nasibnya!

* * * * *

Dua kisah yang berlaku dalam buku ini mungkin pernah benar-benar berlaku terhadap kawan kepada kawan kita, atau sepupu kepada kawan kepada kawan kita. Yakinlah, alam ghaib itu wujud. Ia sentiasa menjadi misteri kepada kita, dan rahsia kepada orang-orang yang dianugerahkan Tuhan untuk melihatnya.