oleh Sir Arthur Conan Doyle

terjemahan oleh Rasidah Salleh, Alia Ali, Aisyah Azmi, Nadia Amir

ISBN: 978-967-369-580-5

Muka Surat: 176

Saiz: 4.5"x7.25"

Tarikh Terbit: Aug 2021

Harga: RM 10.00 / RM 12.00

Beli Versi Ebook
Kongsi

Pelan Bruce-Partington

Kunjungan Mycroft Holmes menandakan ada satu kes luar biasa yang memerlukan khidmat Sherlock Holmes. Seorang kerani di jabatan kerajaan ditemui mati di tepi landasan kereta api dengan pelan rahsia kapal selam Tentera Laut berada di dalam poketnya. Mycroft mahu Sherlock Holmes menyiasat bagaimana pelan-pelan itu yang sentiasa dijaga ketat dan menjadi rahsia negara boleh berada di tangan seorang kerani biasa. Maruah kerajaan British sedang dipertaruhkan.

Misteri Kaki Syaitan

Dengan ditemani oleh Dr. Watson, Sherlock Holmes pergi bercuti ke kawasan pedalaman di Cornwall untuk berehat atas faktor kesihatan, namun di situ satu peristiwa aneh telah berlaku yang memerlukan detektif itu beraksi. Seorang wanita telah mati dan dua orang lagi adik-beradiknya terpaksa dimasukkan ke hospital sakit jiwa akibat ketakutan yang teramat sangat! Apakah yang boleh menyebabkan seseorang menjadi begitu takut sehingga membawa maut atau menjadi gila? Kelihatan seperti ada satu kuasa ghaib yang bertanggungjawab atas perkara ini. Percutian ini pasti tidak akan dilupakan Sherlock Holmes dan Dr. Watson hingga ke akhir hayat!

Misteri Kehilangan Lady Frances Carfax
Apabila Lady Frances Carfax, waris tunggal satu keluarga bangsawan kaya dilaporkan hilang, Sherlock Holmes menghantar Dr. Watson ke Lausanne, Switzerland untuk menyiasat. Seorang lelaki berperawakan kasar dikatakan telah mengganggu wanita itu, menyebabkan dia menghilangkan diri. Dia kemudiannya dikesan di Baden, melakukan kerja-kerja amal bersama sepasang pendakwah. Siapa sebenarnya lelaki kasar itu? Adakah dia akan mendatangkan bahaya kepada Lady Frances dan pasangan pendakwah itu? Sherlock Holmes terpaksa bertindak mengejar masa, kerana pada perkiraannya maut semakin menghampiri wanita bangsawan itu.

Penghormatan Terakhir: Tugasan Perang Sherlock Holmes
Von Bork, seorang perisik Jerman berjaya menyusup ke dalam lingkungan elit London, menyamar sebagai seorang pemuda biasa yang pandai mengambil hati demi memperoleh rahsia-rahsia ketenteraan British. Dalam misi terakhirnya, dia menunggu dokumen penting daripada orang upahannya, seorang musuh dalam selimut kerajaan British bernama Altamont. Bagaimanapun setelah lama menunggu, Altamont masih belum kunjung tiba. Apakah sebenarnya yang berlaku? Adakah Sherlock Holmes yang sudah pun tua pada ketika itu akan bertindak demi menyelamatkan negaranya? Adakah dia masih berbisa?

Keempat-empat kisah ini telah dimuatkan dalam jilid His Last Bow: Some Reminiscences of Sherlock Holmes yang pertama kali diterbitkan pada tahun 1917.