ISBN: 978-967-369-424-2
Muka Surat: 144
Saiz: 4.5x7.25
Tarikh Terbit: Jul 2019
Harga: RM 10.00 / RM 12.00
Siri: Sherlock Holmes (2018)
Ritual Keluarga Musgrave
Dua orang pembantu rumah keluarga Musgrave, Brunton dan Rachel Howells didapati hilang. Brunton hilang selepas dipecat kerana menyelongkar dokumen-dokumen keluarga Musgrave. Rachel Howells pula hilang tidak lama selepas itu. Musgrave menceritakan tentang ritual keluarganya kepada Sherlock Holmes, iaitu serangkap gurindam pelik yang berasal dari kurun ke-17. Holmes merasakan kehilangan dua orang pembantu rumah itu ada kena-mengena dengan ritual tersebut.
Teka-Teki Reigate
Dr. Watson membawa Sherlock Holmes berehat di Reigate setelah sahabatnya itu jatuh sakit. Ketika berada di sana, rumah seorang jutawan di kejiranan itu telah dirompak. Namun, barang-barang yang hilang cuma beberapa buah buku, satu gelendung benang dan beberapa barang kecil yang lain. Watson melarang Holmes menyiasat kerana tidak mahu sahabatnya itu jatuh sakit semula. Beberapa malam berikutnya, sebuah rumah lagi telah dirompak dan seorang pekerja di kediaman itu telah ditembak. Pada tangan mangsa terdapat cebisan kertas tertulis waktu dia terbunuh. Watson tidak lagi dapat menahan Holmes daripada melakukan siasatan.
Lelaki Berbadan Bongkok
Nancy Barclay dituduh membunuh suaminya selepas berlaku satu pertengkaran. Namun pada Sherlock Holmes, ada sesuatu yang mencurigakan di mana kunci pintu bilik itu telah hilang dan terdapat kesan tapak kaki binatang aneh di dalam bilik itu. Walau bagaimanapun, pihak polis tidak menganggapnya sebagai faktor penting dalam kes ini. Bagaimana Sherlock Holmes membuktikan teorinya kepada pihak polis?
Pesakit Jalan Brook
Dr. Percy Trevelyen meminta bantuan Sherlock Holmes apabila majikannya, iaitu Tuan Blessington mula bersikap pelik. Ia bermula apabila Tuan Blessington terbaca di surat khabar tentang kes kecurian di kawasan berdekatan. Dia telah memasang palang besi di semua tingkap rumahnya dan sentiasa kelihatan cemas. Sherlock Holmes tertarik dengan kes ini, dan mendapati Tuan Blessington menyimpan rahsia besar. Kejadian berikutnya memaksanya menyiasat satu kes pembunuhan.
Keempat-empat kisah pendek ini telah dimuatkan dalam jilid The Memoirs of Sherlock Holmes, yang pertama kali diterbitkan pada tahun 1893.