ISBN: 978-967-369-591-1
Muka Surat: 288
Saiz: 4.5"x7.25"
Tarikh Terbit: Nov 2021
Harga: RM 20.00 / RM 22.00
Fred Porlock, seorang individu tidak dikenali yang mengaku dirinya adalah ejen Prof. Moriarty telah menghantar mesej yang berkod kepada Sherlock Holmes. Selepas berjaya memecahkan kod itu, Sherlock Holmes dan Dr. Watson mendapati ia merupakan amaran tentang seseorang bernama Douglas dari Birlstone sedang berada dalam bahaya. Seketika kemudian Inspektor MacDonald, datang menemui Holmes. Dia terkejut melihat catatan mesej berkod di atas meja, kerana dia membawa berita tentang Douglas dari Birlstone telah dibunuh. Mereka segera berkejar ke lokasi kejadian di Sussex.
Douglas telah dibunuh dengan raifal yang telah dipotong larasnya, sejenis senjata Amerika. Watson mencurigai isteri mangsa dan sahabat baik mangsa yang bernama Cecil Barker, kerana mereka kelihatan seperti menyembunyikan sesuatu. Manakala pihak polis pula mempunyai teori mereka sendiri, yang walau bagaimanapun diketawakan Holmes. Padanya, kunci untuk menyelesaikan misteri kes itu ada pada sebuah dumbel yang hilang.
Tanpa disangka, penyiasatan kes ini membawa kisah yang berlaku jauh di sebuah lembah di Amerika, tempat di mana nyawa manusia bagai tiada nilai, yang digelar The Valley of Fear. Siapakah yang telah membunuh Douglas? Kenapa musuh ketat Holmes, iaitu Profesor Moriarty terlibat dalam kes ini?
The Valley of Fear adalah novel keempat dan terakhir Sherlock Holmes. Diterbitkan pertama kali dalam Strand Magazine antara September 1914 dan May 1915.