oleh HAMKA

ISBN: 978-967-481-044-3

Muka Surat: 376

Saiz: 6x9

Tarikh Terbit: Apr 2017

Harga: RM 25.00 / RM 0.00

Kongsi

Tafsir Al­-Azhar adalah hasil karya terbesar ulama agung nusantara, iaitu Profesor Dr. Haji AbdulMalik Karim Amrullah, ataupun lebih dikenali sebagai HAMKA. HAMKA telah menggunakanbeberapa metode dalam penyusunan tafsir ini, antaranya adalah metode tahlili (analisis), tafsir Al-Quran dengan Al-­Quran, tafsir Al­-Quran dengan hadith, tafsir Al­-Quran dengan pendapat sahabatdan tabi’in, dan tafsir Al­-Quran dengan tafsir muktabar yang lain. Di samping itu, beliau jugamentafsirkan Al­-Quran dengan menggunakan syair, dan menganalisis dengan kemampuan sendiridengan pendekatan meraikan kepelbagaian mazhab.

Tafsir Al­-Azhar menitikberatkan penjelasan ayat­ayat Al­-Quran dengan ungkapan yang teliti,menjelaskan makna­makna yang dimaksudkan dengan bahasa yang indah dan menarik, danmenghubungkan ayat dengan realiti sosiobudaya masyarakat nusantara. Ia turut diperkaya denganpendekatan sejarah, sosiologi, tasawuf, ilmu kalam, sastera, dan psikologi.

Profesor Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah atau HAMKA lahir di Nagari Sungai Batang,Tanjung Raya, Kabupaten Agam, Sumatera Barat pada 17 Februari 1908. Beliau adalah seorangulama dan sasterawan besar nusantara, khususnya di Indonesia. Beliau menjawat jawatan PresidenMajelis Ulama Indonesia (MUI), sebelum terjun dalam bidang politik. Antara karya beliau yangterbesar adalah Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, Di Bawah Lindungan Kaabah, TasawufModen, Sejarah Umat Islam, dan Tafsir Al­-Azhar. Beliau meninggal dunia di Jakarta pada 24 Julai1981 ketika berusia 73 tahun, dan telah dinobatkan sebagai Pahlawan Nasional Indonesia.