ISBN: 978-967-481-113-6
Muka Surat: 296
Saiz: 6x9
Tarikh Terbit: Jul 2019
Harga: RM 25.00 / RM 28.00
Siri: Karya Hamka , Tafsir Al-Azhar
Surah Al-Anbiyaa’ yang bererti nabi-nabi diturunkan di Makkah, diturunkan sesudah Surah Ibrahim.
Dari tuntunan yang berkali-kali telah kita terima, soal-soal pokok yang jadi isi dari surah-surah Makiyyah ialah soal aqidah.
Jika disimpulkan pula aqidah itu terhimpunlah dia kepada tiga.
Pertama, tauhid, iaitu pokok kepercayaan tentang keesaan Allah.
Kedua, Ar-Risalah, iaitu bahawa Allah mengutusmanusia-manusia yang dipilih-Nya sendiri
buat menyampaikan wahyu yang berisi bimbingan dan pimpinan untuk manusia
dalam menempuh hidup.
Ketiga, al-Ba’ats, iaitu kepercayaan bahawa di belakang hidup yang kita lalui
sekarang ini akan ada lagi kebangkitan untuk hidup yang kedua kali.