ISBN: 978-967-481-158-7
Muka Surat: 0
Saiz: 6x9
Tarikh Terbit: May 2020
Harga: RM 25.00 / RM 28.00
Siri: Karya Hamka , Tafsir Al-Azhar
Tafsir Surah Muhammad dan Juzuk 26 adalah sebahagian daripada Tafsir Al-Azhar. Ia adalah hasil karya terbesar ulama agung nusantara, iaitu Profesor Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah ataupun lebih dikenali sebagai HAMKA. HAMKA menggunakan beberapa metode dalam penyusunan tafsir ini antaranya adalah metode tahlili (analisis), tafsir Al-Quran dengan
Al-Quran, Tafsir Al-Quran dengan hadith, tafsir Al-Quran dengan pendapat sahabat dan tabi’in, dan tafsir Al-Quran dengan tafsir muktabar yang lain. Di samping itu, beliau juga mentafsirkan Al-Quran dengan menggunakan syair dan menganalisis dengan kemampuan sendiri melalui pendekatan meraikan kepelbagaian mazhab.
Tafsir Surah Muhammad dan Juzuk 19 ini menumpukan kepada perbincangan HAMKA mengenai surah yang terdapat dalam juzuk 19, iaitu Surah Al-Ahqaf, Surah Muhammad, Surah Al-Fath, Surah Al-Hujurat dan Surah Qaf. Kelebihan pentafsiran Al-Quran oleh HAMKA kerana beliau menitikberatkan penjelasan ayat-ayat Al-Quran dengan ungkapan yang teliti, menjelaskan makna-makna yang dimaksudkan dengan bahasa yang indah dan menarik serta menghubungkan ayat dengan realiti sosiobudaya masyarakat nusantara. Ia turut diperkaya dengan pendekatan sejarah, sosiologi, tasawuf, ilmu kalam, sastera dan psikologi.
BIODATA HAMKA
Profesor Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah atau HAMKA lahir di Nagari Sungai Batang, Tanjung Raya, Kabupaten Agam, Sumatera Barat pada 17 Februari 1908. Beliau adalah seorang ulama dan sasterawan besar nusantara, khususnya di Indonesia. Beliau menjawat jawatan Presiden Majelis Ulama Indonesia (MUI), sebelum terjun dalam bidang politik. Antara karya beliau yang terbesar adalah Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, Di Bawah Lindungan Kaabah, Tasawuf Moden, Sejarah Umat Islam, dan Tafsir Al-Azhar. Beliau meninggal dunia di Jakarta pada 24 Julai 1981 ketika berusia 73 tahun, dan telah dinobatkan sebagai Pahlawan Nasional Indonesia.