ISBN: 978-967-369-773-1
Muka Surat: 192
Saiz: 5.3x7.6
Tarikh Terbit: Dec 2023
Harga: RM 35.00 / RM 38.00
Siri:
Dalam era media baharu, dunia telah menyaksikan kebangkitan pekerjaan sebagai content creator atau pencipta kandungan. Content creator bukan lagi sekadar hobi semata-mata, sebaliknya telah menjadi satu kerjaya yang dihargai dan sentiasa dicari. Banyak syarikat dan pengasas kini berlumba-lumba mencari bakat-bakat content creator dan live host, dengan tawaran bayaran yang menarik, seperti yang dapat kita lihat di Facebook Group dan LinkedIn.
Apa yang akan dapat pelajari melalui buku ini?
● Terokai definisi sebenar di sebalik gelaran content creator dan sebab content creator menjadi begitu penting dalam era digital kini.
● Pendedahan rahsia di sebalik kejayaan seorang content creator dan faktor yang membezakannya dengan content creator yang lain.
● Ikuti langkah demi langkah, dari tahap asas hingga ke tahap mahir, untuk memahami dan menguasai kemahiran yang diperlukan dalam penciptaan kandungan yang berkualiti.
● Belajar strategi dan teknik untuk menjana pendapatan yang lumayan sebagai seorang content creator.
● Tip dan trik untuk meningkatkan potensi kandungan anda menjadi viral dan ditonton oleh jutaan khalayak.
Jadilah sebahagian daripada revolusi digital. Biarkan “The Art of Becoming a Content Creator” memandu anda menerokai rahsia dan muslihat untuk menjadi seorang content creator yang berjaya.