ISBN: 978-967-369-917-9
Muka Surat: 336
Saiz: 5.5"x8.2"
Tarikh Terbit: Jan 2025
Harga: RM 39.00 / RM 42.00
Siri: Novel Bahasa Melayu
Sejenis virus berbahaya tiba-tiba merebak. Manusia yang dijangkiti hilang kewarasan dan menjadi ganas, memburu manusia yang lainnya tanpa belas. Sekatan-sekatan yang diwujudkan tidak mampu membendung penularan wabak dan akhirnya, pihak tentera tiada pilihan lain kecuali pemusnahan secara total. Peradaban manusia lantas runtuh.
Mia, yang kehilangan kedua-dua orang tuanya mengharungi hidup dengan serba kekurangan bersama-sama Survivor lain di Ultra Boulevard. Bertahan dengan segala daya yang ada, demi masa depan yang tiada harapan. Namun, kelam yang dirasa akhirnya memberikan cahaya apabila dia bertemu seorang anak kecil di sebuah bangunan tinggal. Terpanggil rasa manusiawi, dia membelanya sehingga besar dan memanggilnya Fiffy. Sempena nama yang tertera pada loket di lehernya.
Meski terpaksa berdepan dengan ancaman kelaparan, manusia terjangkiti yang digelar Crawler dan manusia Survivor yang rakus serta mementingkan diri, Mia tetap bersemangat mengharungi hidup bersama Fiffy. Sehinggalah Fiffy mula bersikap aneh dan disyaki dijangkiti virus yang akan mengubahnya menjadi Crawler...